Ni antara best pren aku nih… Lepas ni, sape lagi yang tinggal untuk teman aku g lepak minum kat mee rebus? tinggal la beberape kerat lagi yang still bujang. Haish sedih pun ade. Tapi mengenangkan kebahagian member, aku terpakse lepaskan ko pegi, Yop…Hahaha taching gile ayat aku…
p/s: wei cepat2 “hasilkan” anak dan soh die panggil aku uncle nerd, ok?
Majlis perkahwinan ini berlansung di Kuala Lipis… Satu majlis yang ringkas namun penuh dengan kegembiraan. Majlis kali ini juga menyajikan makanan yang dimasak secara gotong royong.
Buat kak Fiza dan Abang Sa’ari, tatap jela gambar ni dulu sementara kamu berdua balik Malaysia bulan April tahun depan. Saya gembira berkerja dengan kamu berdua… Moga cepat dapat anak… Hehehe…
Pada kali ini, majlis perkahwinan diantara Sofy dan Adib telah dilangsungkan di Johor Bahru.Majlis berlangsung dengan lancar dan ramai tetamu telah hadir. Perkahwinan ini merupakan majlis perkahwinan abang kepada rakan rapat saya di dalam institut selama 5 tahun. terima kasih kepada saudara bob dan abangnya yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengabadikan kenangan di dalam majlis yang amat penting sekali buat mereka. Keluarga mereka amat peramah dan sudah tentu segala jenis makanan amat cukup mengenyangkan selama 3 hari saya tinggal bersama mereka di Gelang Patah. Kepada pihak pengantin, tahniah diucapkan dan anda berdua memang sporting habis. album akan diserahkan kepada mereka tidak lama lagi dalam masa yang terdekat.
Pada 2 Ogos yang lalu, aku bersama arie si tukangbuatshushi telah pergi ke Sg. Pelik berdekatan dengan Pekan Sepang atas satu kerja perkahwinan. Perkahwinan di antara Najib dan Mass ini diadakan dengan meriah dan happening dengan paluan kompang dan MC yang ditempah khas untuk menghiburkan tetamu2 yang hadir. Majlis resepsi yang berlangsung selama dua hari ini memberi kenangan yang bermakna buat kami kerana dapat menikmati suasana yang selesa sepanjang majlis. oleh kerana kampung ini berdekatan dengan Bagan Lalang, kami sempat juga mengambil angin tenang pada sebelah petang di tepi pantai tersebut sambil melihat gelagat pengunjung dan pelancong yang ada di situ. sepanjang majlis itu juga kami sempat berkenalan dengan beberapa gadis comel dan kiut yang tidak pernah merungut melayan kerenah kami..Album pasangan ini telah selamat kami serahkan dan kami berharap pasangan tersebut puas hati dengan hasil kami..kami memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan di dalam album tersebut. ‘mari berbuka puasa di Bagan Lalang’
Pasangan ni memang sempoi… Aku mmg terhibur ngn bro Shahir… Lawak die mmg spontan bai. Tak rugi kalo korang kawan ngn die. Job ni sebenarnye job Mazri Rock. Aku juz tag along wit him. Tlg lap peluh die, pegang reflector utk die serta menyediakan air sirap ketika beliau dahaga. Thanx Mazri, aku dapat banyak pengalaman baru…
Akhirnye, Abg Johan@Bob bertunang. Setelah dkt 9 tahun kapel…Bagusla tu. Lepas ni mungkin sifu aku ni akan lebih bertanggungjawab dan bangun awal dari biase… hahaha
p/s: cepat sket kawen, boleh gua timang2 baby lu…soh die panggil gua uncle Ariey…